Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Rafizi Ramli kerana melakukan tugas dengan baik sebagai menteri.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada saudara Rafizi kerana telah berkhidmat dengan baik sebagai Menteri Ekononi”, kata perdana menteri.
Memetik dari Malaysia gazette, Anwar dalam pertemuannya dengan wartawan turut berkata kementerian ekonomi tidak akan dibubarkan.
“Kementerian ekonomi tidak akan dibubarkan. dan setakat ini tiada keperluan untuk merombak apa-apa dalam kementerian”
Rafizi sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas dalam perlawanan jawatan timbalan Presiden PKR yang berlangsung pada bulan Mei lalu.
baca: Rafizi Menteri Ekonomi