Penyanyi dan pelakon Naim Daniel hari ini tiba di mahkamah bagi menghadapi tuduhan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya.
Pelakon itu segak berpakaian sut hitam bersama kaca mata dilihat ditemani oleh ibunya hadir ke mahkamah.
Sebelum ini, nama Naim Daniel dikaitkan dengan dakwaan artis yang terlibat dengan kes amang seksual bersama dengan remaja perempuan berumur 17 tahun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini berkata, arahan tuduh ke atas suspek telah diperolehi daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.
Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
baca: Ini latar belakang lelaki bertuah yang tawan hati Ina Naim