Tidak semua sambutan hari jadi memerlukan kek yang mahal atau besar untuk menjadi bermakna tapi kalau dah berkemampuan maka tak salah untuk tempah ia.
Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu menjadi perhatian netizen selepas dilihat membazir membeli kek berharga RM2,080 namun tidak boleh dimakan.
Jelasnya kek tiga tingkat bukan kesemuanya berisi kek tapi dua di atas adalah styrofoam manakala yang paling bawah adalah kek sebenar dengan fondan tebal.
“Saya dah buat kek asing untuk bagi orang makan, jadi kek ni memang untuk ‘display’ je.
“Harga dia RM2,080, kek ni memang untuk tujuan ambil gambar sahaja tapi memang ada kek cuma dibahagian bawah sekali.
“Saya memang tahu dari awal ini kek untuk perhiasan sebab saya minta kek untuk makan tu asing.
“Kalau perasan ada cupcake senang untuk budak makan, kek tu perisa sama dengan display,” kongsinya di TikTok.
Rata-rata netizen memahami bahawa Madammu mampu untuk membeli kek mahal tapi masih merasakan ia adalah satu pembaziran.
“Lepas ni tak perlu buat kek dummy bagai madam, memang betul membazir tapi hak madam sebab duit sendiri, cuma bersederhana lah.
“Orang banyak duit tak kisah pun habis RM2k untuk bergambar, tapi kalau yang tak mampu macam kita ni mesti rasa membazir.
“Geram tengok kek tu, aku kalau beli kek bajet harga RM20 pun makan sikit-sikit dan simpan sebab bukan selalu dapat beli.
“Kek tu boleh, fondant tu memang gula tapi boleh je nak makan, buang sahaja bahagian luar dan kek kat dalam tu makanlah,” antara komen pengguna TikTok.
Baca juga: Fikry Ibrahim terkejut isteri fail cerai, “saya memang tak tahu apa”