Tak perlu ‘sugar daddy’, Siti Hariesa pandai cari duit sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak semua manusia mengejar kekayaan sehingga sanggup menjadi wanita simpanan atau anak ikan demi mendapatkan wang.

Begitu juga buat pelakon baru Siti Hariesa yang tidak melihat keperluan untuk menjadi ‘sugar baby’ untuk hidup mewah.

Jelasnya pelakon berusia 27 tahun itu, dia mempunyai duit sendiri hasil kerja kerasnya sebagai pelakon lapor Kosmo! Online.

“I have my own money. I don’t need a sugar daddy. (Saya ada duit sendiri, tak perlu orang taja).

“Orang luar mungkin boleh bercakap macam-macam tentang anda dan menuduh sesuka hati.

“Tetapi saya tahu siapa diri saya. Saya takkan terlibat dengan perkara seperti itu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Kongsinya, pertama kali memegang watak sebagai ‘sugar baby’ dalam drama Lambaian Huda, dia mengakui kurang selesa apabila terpaksa melayan lelaki.

“Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai perempuan yang bekerja di kelab, dan menjadi sugar baby.

“Tetapi dalam masa yang sama, dia mahu mendalami ilmu agama selepas mengenali jirannya yang merupakan seorang ustaz lakonan Hisyam Hamid.

“Sejujurnya saya kurang selesa untuk berlakon watak sebegini terutamanya babak kena layan lelaki. Tetapi saya ambil ini sebagai satu cabaran untuk saya.

“Saya harap penonton tidak skeptikal terhadap saya. Apa yang saya buat dalam drama hanyalah lakonan. Di luar saya bukan macam tu,” kongsinya.

Baca juga: Leona serius nak bedah kecilkan bahagian dada, sakit belakang dan susah cari baju sesuai