“Soal hutang ini sulit” – Fazura enggan komen, serah kepada peguam

Oleh MAISARAH AISYA

Isu dakwaan ada hutang daripada pihak pelakon dan usahawan Nur Fazura mengejutkan ramai pihak apatah lagi jumlahnya mencecah RM4.65 juta.

Bagaimanapun Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut isunya bersama syarikat pembekal tudung tersebut dan menyerahkan ia kepada peguam lapor Kosmo! Online.

“Fazura dan syarikat adalah dua entiti berbeza. Tentang syarikat saya tak boleh nak komen banyak kerana urusan syarikat. Apa yang berlaku dalam syarikat, saya tak boleh kongsikan.

“Saya harap orang boleh faham bahawa Fazura berbeza daripada syarikat. Cabaran dalam perniagaan adalah perkara biasa.

” Bisnes saya bukannya bisnes kecil. Saya rasa semua usahawan pasti faham setiap cabaran dalam perniagaan.

“Tetapi seperti yang saya katakan, apa yang saya lalui dalam syarikat saya tak boleh ceritakan pada umum. Saya hutang ke, orang hutang saya ke.

“Perkara ini agak sulit untuk dikongsikan. Tetapi kita sudah serahkan kepada pihak peguan untuk tindakan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Dalam masa sama, Fazura akui terkesan dengan segala isu yang berlaku namun dia memilih untuk kekal positif selain menganggap ia asam garam perniagaan.

“Lapan bulan kebelakangan ini, apa sahaja yang saya tak lalui. Jadi, kalau ditanya sama ada saya terkesan, sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa.

“Saya pun manusia biasa yang ada perasaan.Tapi saya faham, itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.

“Sebagai ahli perniagaan wanita, inilah realiti yang kita kena tempuh. Hanya yang pernah berniaga sahaja akan faham perkara-perkara seperti ini.

“Kalau nak jelaskan pun mungkin orang tak akan faham. Mungkin akan diputarbelit fakta dan sebagainya,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia mendedahkan syarikat milik Fazura berhutang hampir RM4.65 juta.

Terdahulu, media melaporkan syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia mendedahkan syarikat milik Fazura berhutang hampir RM4.65 juta.

Baca juga: