Kadang-kadang, musuh sebenar bukan yang di hadapan kita, tetapi yang berada paling hampir dan diberi kepercayaan penuh juga memilih untuk mengkhianati.
Tular baru-baru ini video dimuat naik pengguna X mengenai Khai Bahar dan seorang lelaki dalam sebuah kereta, dan cuba membuat cerita yang tidak benar.
Media sebelum ini melaporkan Khai sudah menafikan kenyataan tersebut dan memaklumkan lelaki dalam video tersebut adalah adik iparnya.
Meskipun pada awal dia mahu menyaman individu tersebut bagaimanapun Khai memilih untuk memanjangkan isu lapor Kosmo! Online.
“Kes tersebut saya anggap sudah selesai, saya sudah reda dan memilih untuk ikhlaskan dan lepaskan.
“Saya tak jadi nak saman sebab dia tak teruskan perkara yang dilakukan itu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Penyanyi berusia 31 tahun itu memilih untuk tidak menyaman selepas individu berkenaan memadam semua hantaran yang tular.
“Sejujurnya, saya tak tahu siapa dia dan semua hantaran itu telah dipadam. Dia guna akaun palsu.
“Tapi saya rasa macam orang terdekat sebab dia ada tangkap layar hantaran yang hanya dikongsi kepada ‘close friend’ dalam Instagram sahaja.
“Entah apa motifnya tapi saya rasa tak perlu buat begitu kerana dia tahu apa itu maksud close friend, jadi saya agak kecewa juga,” jelasnya.
Tegasnya lagi, dia menerima segala teguran sekiranya dakwaan tersebut datang bersama bukti dan tidak mempunyai masalah untuk meminta maaf
“Kalau benda itu ada bukti, saya terima. Tapi ini semua fitnah. Jika tak betul, saya kata tidak. Kalau ada salah silap, saya baiki dan minta maaf.
Saya ni jenis random, kalau rasa nak kongsi saya post saja. Tapi apabila ada teguran, saya akan padam. Saya bukan sempurna, hanya manusia biasa,” luahnya.
Baca juga: Michael Ang kesal usahawan buat ‘content’ tentang alat sulit suami, penyakit kelamin