Kurang seminggu lagi, Saifuddin harap Nik Nazmi kembali dalam kabinet

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berharap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi akan kembali semula ke kabinet kerajaan perpaduan dalam tempoh percutiannya tamat kurang seminggu lagi.

Seperti dipetik Berita Harian dan TV3, Saifuddin berkata dia menyifatkan Nik Nazmi seorang yang berintelektual tinggi dan berbakat besar dalam kepimpinan.

“Saya mengenali Nik sangat lama, masa saya Timbalan Ketua Pemuda, saya sangat kenal dia, seorang yang sangat berbakat, intelektual orangnya.

“Sistematik gerak kerjanya, namun dia pun memilih untuk berundur dan cutinya berakhir 4 Julai ini. Ada ruang sedikit ini, saya masih lagi berhasrat untuk beliau kembali menjawat kedudukannya.

“Saya percaya Nik masih lagi ada ruang untuk menimbang dan memikirkannya. Saya masih boleh buat rayuan yang sama kerana saya tidak menyebelahi mana-mana DAMAI atau HIRUK”, katanya seperti dipetik Berita Harian.

Sebelum ini, Nik Nazmi pada bulan lepas menghantar surat perletakan jawatannya kepada perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tewas dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden PKR.

baca: Saifuddin