Sering bersiaran langsung dengan wanita dikenali sebagai Zack, ramai membuat andaian pelakon Enot menjalinkan hubungan sejenis.
Sudah lali dengan kecaman dan fitnah, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah menganggap dakwaan dia berkahwin dengan Zack sebagai kurang ajar lapor Kosmo Online.
“Bila saya kurus orang cakap saya buat pembedahan bariatrik. Sedangnya saya jaga pemakanan saya.
“Kemudian, mereka fitnah pula saya ‘berkahwin’ dengan teman saya iaitu Zack. Itu paling kurang ajar.
“Saya masih tahu hukum agama. Saya kenal dengan Zack sejak 30 tahun lalu. Saya dulu Sekolah Convent.
“Kehidupan saya memang dikelilingi oleh pelbagai jenis wanita,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tegasnya, jika benar dia dia adalah seorang lesbian, tak mungkin dia akan berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.
“Saya buat konten dengan Zack sekadar suka-suka. Kalau ada terpegang pun, kami sama-sama perempuan.
“Bukan haram pun. Kau nak tengok aku pegang, berpeluk dengan jantan ke? Itu lagi haram.
“Ada yang cakap kenapa saya tak cari lelaki? Saya dah pernah kahwin sebanyak dua kali. Hanya Allah sahaja tahu apa yang saya lalui,” jelasnya.
Enot juga percaya rakannya itu akan berubah satu hari nanti dan meminta orang ramai untuk tidak terlalu menghukum.
Baca juga: PU Azman hafaz 4 juzuk al-Quran, ajar banduan dan kongsi ilmu dengan pegawai penjara