Seorang pekerja kurier J&T Express di Indonesia sakan berbelanja dan membeli sebuah rumah untuk dirinya sendiri selepas membawa lari wang syarikat tempatnya bekerja yang berjumlah 531 juta rupiah (RM151,583).
Dilaporkan, pekerja berkenaan pada awalnya ditugaskan membawa wang dipercayai keuntungan syarikat untuk diserah kepada pejabat utama J&T.
Bagaimanapun dia nekad membawa lari wang berkenaan sebelum membeli sebuah rumah kos rendah dan beberapa perabot untuk rumah barunya itu.
“Sebahagiannya juga digunakan untuk membeli perabot untuk diletakkan di rumah baharunya di Bekasi, Jawa Barat.
“Duit yang dicuri suspek merupakan hasil keuntungan pejabat cawangan yang akan dihantar ke pejabat utama J&T Express,” kata Jurucakap polis Metro Jakarta Barat, Avrilendy.
Avrilendy mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan suspek dipercayai tidak menghabiskan duit tersebut.
Suspek kemudiannya melarikan diri ke Bekasi, namun sudah ditahan polis.
“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia sempat membeli rumah dan sejumlah perabot menggunakan duit berkenaan,” ujar Avrilendy.
Difahamkan kes ini berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan kembali tular.
Baca juga: Suami suruh utamakan kakak ipar, wanita kecewa hanya dapat susukan anak waktu pagi sahaja