Penggunaan teknologi video AI, khususnya deepfake, semakin membimbangkan apabila ia disalahgunakan untuk menipu orang ramai.
Melalui manipulasi visual yang sangat realistik, individu boleh mencipta video palsu yang menunjukkan seseorang berkata atau melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam realiti.
Tular di media sosial seorang pengguna Thread @dyaaaaaaa._ berkongsi mengenai pasangan suami isteri yang tertip dengan video AI.
“Sumpah terkejut gila bila ada pasangan ni dah tua datang mendaftar masuk dekat hotel dan tanya sama ada aku dah naik cable car dekat Kuak Hulu.
“Aku ingat mereka melawak jadi aku cakap aku sibuk tak sempat naik. Pak cik tu cakap dia datang dari Kuala Lumpur nak naik cable car tu lah.
“Bila aku tanya serius ke dan dia kayta ya. Allah, kesian weh. Aku dah terangkan dekat mak cik tu video AI tapi dia kata tak kan lah orang tipu siap ada wartawan,” kongsinya di ruangan Threads.
Meskipun sudah menerangkan perkara sebenar kedua pasangan suami isteri tu namun mereka sukar mempercayai kerana sudah datang dari jauh.
“Aku ada tanya pak cik tu tak tanya anak dia ke sebelum datang, dia kata malu. Isteri dia pula suruh aku komen dekat video tu kata benda tu tak betul.
“Mak cik pak cik tu tengok dekat Facebook, aku tengok dekat TikTok, akaun Facebook pun aku tak ada, kemudian mak cik tu kata nak saman wartawan dalam video tu.
“Orang dalam ni bukan orang betul pun semua edit sahaja. Tolong rajin tanya mak ayah yang suka melancong tu, naya dari Kuala Lumpur datang Perak,” jelasnya.
Baca juga: Warga emas dimarahi juruwang, tersalah ambil barang MyKasih – “Menyusahkan orang!”