Pelbagai isu timbul mengenai kumpulan 4U2C yang bakal mengadakan konsert, apatah lagi ia melibatkan pemilik lagu tidak membenarkan kumpulan berkenaan membawa lagu ciptaannya.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan komposer dan pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai, penyanyi Datuk AC Mizal mengakui kecewa lapor Harian Metro.
Sebelum ini media melaporkan Ajai memberi pandangan bahawa 4U2C tidak boleh mengadakan konsert sekiranya isu hak cipta tidak diselesaikan dengan pencipta lagu mereka.
Tegas AC, dia menganggap Ajai tidak faham perundangan muzik seperti yang terkandung dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
“Saya kecewa bila dia kata 4U2C tak boleh buat konsert. Kenapa dia nak tutup periuk nasi kami? Apa masalah dia? Saya tak pernah kacau Exists nak buat konsert.
“Kami ada permit kelulusan daripada MACP, jadi maksudnya sekarang ini Ajai yang dah lama dalam industri pun tak tahu perundangan muzik di Malaysia,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Ajai menerusi Instagram tampil membuat permohonan maaf terhadap kumpulan 4U2C.
“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C.
“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.
“Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.
“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya, dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah,” kongsinya dalam hantaran di Instagram
Baca juga: Gen Z pemalas? Cik B dedah pendapatan sebulan dia lebih setengah juta ringgit