Selepas 2 minggu kehilangan ibu, ayah mentua Hamzah Zainuddin pula meninggal dunia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bapa mentua Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Abdul Ghani Ngah, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari sebentar tadi.

Berita mengayat hati ini diterima selepas 2 minggu ibu mentua ketua pembangkang meninggal dunia pada 19 Jun yang lepas.

Memetik daripada portal Berita Harian, jenazah kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Arwah ayah mentua Hamzah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terlibat dalam insiden kebakaran di rumahnya pada 19 jun yang lalu.

Sebelum ini isteri kepada Abdul Ghani, Datin Salmiah Nyak Matt terkorban selepas ditemukan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah oleh pasukan penyelamat.

baca: amiruddin hamzah