Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang selepas pulang dari mengunjungi adik perempuan mereka.
Kejadian itu mencetus perhatian orang ramai dan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung punca kehilangan tersebut.
Hari ini enam beranak yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu ditemukan di dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok.
Enam sekeluarga itu terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun lapor Berita Harian.
Operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.
Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang wanita, Nur Adliah Shuhada Ishak tidak menyangka pertemuan bersama abangnya sekeluarga pada malam Jumaat lalu adalah kali terakhir mereka bertemu.
Kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka itu membingungkan keluarga yang berusaha menjejaki mereka selepas gagal pulang ke rumah di Jerlun.
Baca juga: “Saya ada agama, satu sen tak ambil duit Mara” – Asyraf Wajdi nak saman Papagomo RM1 juta