Pelancong asing macam tak percaya MRT Malaysia terlalu bersih tak seperti negara maju lain

Oleh KIM SYAZIE

Seorang YouTuber dari Amerika Syarikat kelihatan terkejut saat melihat keadaan di stesen MRT di ibu negara yang disifatkannya sangat bersih dan tenang.

Dalam satu perkongsian video, YouTuber itu terkejut melihat tahap kebersihan di stesen MRT tanpa ada sebarang sampah di tengah-tengah jalan.

Dia juga pertama kali merasai betapa selesanya MRT di negara ini kerana tidak terlihat seorang pun gelandangan yang tidur di kaki lima.

“Sangat bersih. Tengoklah tempat ini. Tengok lantainya, bersih. Tak ada satu pun sampah di kaki lima.

“Saya dapat hidu suasana aman di sini. Tiada sampah di atas lantai. Sangat bersih. Nampak sangat moden di sini. Siapa sangka?

“Jika anda ke New York, bandar paling besar di dunia, anda akan lihat gelandangan di setiap stesen. Kotor, bau hancing di tangga. Manakala di Malaysia? Berprestij,” katanya.

Dia juga terkejut mengetahui Malaysia mempunyai gerabak yang dikhaskan hanya untuk wanita.

“Saya tak faham. Gerabak itu hanya untuk wanita? Saya tak pernah lihat perkara seperti itu,” katanya lagi.

Dalam video yang dikongsikan, pelancong itu difahamkan sedang berada di stesen MRT Kajang.

Baca juga: Bilik macam sebiji rumah! Ejen insurans dedah harga wad Tun M di IJN untuk satu malam