“Artis luar negara pun tak seksi macam ni” – Netizen kritik pakaian Dolla keterlaluan?

Oleh MALAYSIADATELINE

Kumpulan Dolla sering mencuri tumpuan ramai bukan sahaja kerana bakat vokal dan persembahan bertenaga mereka, tetapi juga kerana penampilan yang berani dan seksi di atas pentas.

Gaya fesyen kumpulan ini kerap menjadi bahan perbincangan netizen, terutamanya apabila mereka tampil dengan pakaian yang dianggap terlalu menjolok mata bagi sesetengah pihak.

Festival Latihan Pestapora Malaysia 2025 mengabungkan 25 artis serumpun Malaysia- Indonesia dilihat sebagai platform dalam menyatukan budaya menerusi muzik.

Namun rata-rata peminat tidak faham mengapa kumpulan penyanyi wanita Dolla dilihat dengan pakaian menjolok mata dan tidak mengikut etika pemakaian.

Malah ada juga membandingkan mereka dengan artis luar negara yang dilihat lebih menghormati etika pemakaian di negara ini.

Walaupun penampilan sebegitu mungkin selari dengan konsep muzik dan imej global yang mereka bawa.

Tidak dapat dinafikan bahawa ia turut mengundang kritikan, termasuk perbandingan dengan artis luar negara yang dikatakan lebih sopan.

Baca juga: Fasha Sandha jumpa Sajat di Singapura, minta doakan yang terbaik – “Kita tak layak hukum..”