Pemuda kongsi kisah rakan, majlis kahwin macam ‘kenduri tahlil’ selepas mak tak nak serah duit kahwin RM35,000

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki berkongsi pengalaman perit rakannya sendiri apabila wang simpanan bernilai RM35,000 yang sepatutnya digunakan untuk majlis kahwin, tidak diserahkan langsung oleh ibunya.

Menurut individu itu, rakannya mengamanahkan ibunya untuk memegang wang majlis kahwin bagi urusan persiapan majlis.

Namun menjelang hari bahagia, ibunya tidak menyerahkan walau satu sen duit sehingga menyebabkan majlis yang dirancang hanya mampu dijalankan secara ala kadar.

“Terjadi dekat orang dikenal. Mak “tolong pegang” RM35,000 untuk majlis kahwin. Tup tup sampai hari, satu sen pun dia tak nak bagi dekat anak lelaki.

“Jadilah majlis macam kenduri tahlil. Yang perempuan tak dapat duit hantaran,” kongsi pengguna itu di media sosial.

Apa yang menyedihkan, satu-satunya benda yang sempat disediakan adalah gelang emas untuk acara nikah.

Tetapi keesokannya, gelang itu terpaksa dijual semula untuk membayar hutang majlis kecil yang berlangsung.

Lebih memilukan, pengantin lelaki hanya tinggal RM20 dalam poketnya selepas bernikah.

“Mujur untuk nikah, dia dah belikan gelang besar. Tapi lepas majlis, esok tu pergi jual gelang bayar hutang majlis kecil tu.

“Tebal muka dia kena cancel duit katering, pelamin apa semua. Ini kalau perempuan lain ni, mau cancel majlis. Lepas nikah TM20 je dalam poket. Kena tebalkan muka lagi meminjam,” kongsinya.

Baca juga: Tak tahan stres, pelanggan ini minta makanan pedas gila-gila, siap luah masalah hidup dalam nota order