Tak perlu panik bila tong gas keluarkan bunyi, cuba petua mudah ini di rumah!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang pertama kali beli dan pasang sendiri tong gas di rumah, mesti akan rasa keliru dan ragu-ragu dan tidak tahu cara pasang yang betul.

Kadang-kadang, yang dah biasa pasang pun boleh ambil masa nak betulkan bila terdengar bunyi gas keluar dari kepala tong.

Situasi begini bukan saja buat kita panik, tapi juga berisiko tinggi. Bayangkan kalau gas terlalu banyak keluar dan dalam masa sama ada pula yang terpasang api boleh meletup satu rumah!

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Arm Ika yang dikongsi semula halaman ‘Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah’.

Cara hilangkan bunyi gas

“Saya nak kongsi ilmu mengenai tong gas, bila pasang kepala gas untuk gas yang baru, lepas tu ada bunyi gas keluar, ini adalah cara untuk atasinya.”

Cara-cara:

1. Pastikan ada gas hitam di bahagian dalam kepala gas.

2. Keluarkan getah tu guna pisau atau gunakan alatan dengan muncung tirus untuk menyenangkan proses mengeluarkan getah tersebut.

3. Bila dah keluarkan nanti, terbalikkan sahaja getah hitam tu dan masukkan semula.

4. Kemudian tekan rapat supaya ia masuk kembali, guna jari pun boleh.

“Kalau tiada getah langsung, boleh sahaja ambil ia dari tong gas lain dan masukkan ke dalam tong has tersebut.

“Tapi kalau semua langkah dibuat tapi masih juga ada bunyi maka bolehlah cari orang yang lebih arif, jangan memandai betulkan sendiri.

“Ramai juga yang guna cara lilit getah di kepala luar tu ya, itu pun memang membantu dan berkesan, ” jelasnya.

Baca juga: Pemuda kongsi kisah rakan, majlis kahwin macam ‘kenduri tahlil’ selepas mak tak nak serah duit kahwin RM35,000