Tiada salahnya jika ingin tawar-menawar harga atau meminta sedikit diskaun daripada peniaga, asalkan dilakukan dengan cara berhemah.
Namun, lain pula jadinya apabila ada pembeli yang sanggup mengeluarkan kata-kata tidak menyenangkan hanya kerana tidak mendapat potongan harga seperti dimahukan.
Lebih mengejutkan, baju yang dibeli hanyalah berharga RM5 sehelai, dan peniaga sudah pun bermurah hati memberikan sehelai secara percuma.
Tetapi pembeli tetap berkeras mahu pengurangan sebanyak RM5 atas alasan membeli tujuh helai dengan jumlah keseluruhan hanya RM35.
“Awak tak nak pelanggan datang semula, sedangkan pelanggan nak datang beli lagi, baru ada potensi,” komen pembeli tersebut.
Peniaga yang membahasakan diri sebagai Iti memaklumkan sikap pelanggan begitulah yang membuatkan dirinya berasa kecewa.
“Tak apa dia tak datang pun, Iti tak akan harapkan pelanggan macam ini, pelanggan tu cakap terus terang lepas ni tak nak datang dah, tak kisah pun sebenarnya.
“Ramai lagi yang boleh support saya, RM5 ni mereka kata murah, dia (pelanggan) tetap nak diskaun walaupun RM5 katanya sebab beli banyak.
“Dekat sini ada baju yang sehelai RM5, kalau awak beli empat saya akan bagi percuma sehelai.
“Tapi lepas tu dia tambah lagi tiga, kalau bagi diskaun kiranya pelanggan dapat dua helai baju percuma,” kongsinya.
Rakaman skrim siaran langsung peniaga tersebut dimuat naik semula oleh Facebook Kementerian Netizen Malaysia.
Baca juga: Amir Raja Lawak dedah punca tak buat laporan polis, merayu stesen TV bayar hutang RM18,000