Tular sebelum ini mengenai insiden Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang dilihat turut serta di atas podium meraikan kemenangan disertai percikan arak.
Isu tersebut mendapat perhatian ramai kerana rata-rata berpendapat meskipun tidak minum, sebagai orang Islam ia adalah perkara sensitif apatah lagi bermandikan arak.
Susulan itu, Tengku Muhammad Taufik membuar permohonan maaf selepas menyertai tradisi sambutan biasa dalam sukan F1, meraikan kemenangan dengan percikan arak.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, beliau menjelaskan tidak mengambil sebarang minuman keras dan mengakui tindakannya berada dalam sambutan itu adalah tidak wajar lapor Harian Metro.
“Saya menyedari keterujaan spontan saya semasa meraikan kemenangan pasukan mungkin tidak bersesuaian dengan tempatnya.
“Saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” katanya.
Jelas beliau, kemenangan itu adalah detik Yang sudah lama dinantikan hasil kerjasama strategik antara PETRONAS dan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 musim ini.
“Saya berbesar hati diberikan penghormatan untuk mewakili pasukan bagi menerima trofi kemenangan konstruktor,” kongsinya.
Baca juga: Dipaksa bogel 3 kali oleh rejim Israel, PU Rahmat tampil dedah sikap ‘bangsa penakut’