Rakyat Malaysia bakal menikmati diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali kurang dua minggu lagi.
Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
“Kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali,” katanya.
Selain itu, kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Selain itu, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan berkenaan akan disalurkan sempena Aidilfitri, pada awal Mac tahun depan.