Dakwa tinggal Mustaqqeem di Gunung Liang, rakan karib dedah cerita sebenar

Oleh MALAYSIADATELINE

Baru-baru ini, tular kisah menyedihkan mengenai pemergian Allahyarham Mustaqqeem Mansoor ketika mendaki Gunung Liang.

Pelbagai andaian tersebar kononnya Allahyarham ditinggalkan rakan, tiada usaha menyelamat, dan mati keseorangan.

Tampil memberi penjelasan rakan karib Allahyarham Mustaqqeem tampil berkongsi butiran terperinci mengenai usaha awal dilakukan rakan lain semasa mencar mangsa lapor Harian Metro.

Jelas rakan sekerjanya, Muhammad Hafidz Mohd Kamal memaklumkan insiden bermula pada 2 pagi selepas melepasi titik pemeriksaan Kem Iguana dalam perjalanan untuk menawan puncak Gunung Liang.

Jelasnya dia sempat membantu mangsa membawa barang yang tidak penting untuk mengurangkan beban selepas mangsa mengadu sakit kaki.

“Saya meneruskan pendakian ke puncak dan berhasrat menunggu Mustaqqeem di sana, tetapi selepas lama menunggu, Allahyarham tidak muncul.

“Kami dapati Allahyarham berada di belakang bersama malim gunung yang berperanan sebagai ‘sweeper’ (anggota belakang),” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Mereka juga cuba menghubungi ‘sweeper’ yang berada bersama Mustaqqeem menggunakan walkie-talkie, namun tiada isyarat masuk.

Setelah itu, mereka turun ke Kem Lubuk Hantu dan menunggu lagi selama tiga jam.

Kumpulan pendaki yang lain tiba di kaki gunung sekitar jam 6:30 pagi, namun Mustaqqeem masih belum kelihatan walaupun sudah jam 8:00 pagi.

“Saya dan Rafiq ambil inisiatif naik semula cari Mustaqqeem sendiri, tanpa bantuan guide. Kami masuk trek jam 12.45 tengah hari Rabu,” jelasnya.

Di pertengahan jalan, mereka bertemu sweeper yang memaklumkan Mustaqqeem dalam keadaan baik dan sedang cuba turun.

Namun pencarian mereka gagal menemui mangsa, dan Muhammad Hafidz terpaksa berpatah balik jam 6 petang kerana cuaca ribut kuat.

Rafiq menyangkal dakwaan mengatakan Allahyarham Mustaqqeem ditinggalkan rakan hingga menyebabkan kematian.

“Dalam aktiviti pendakian tidak ada istilah tinggal atau tak tinggal. Umpamanya kalau kita pergi ke depan ada orang maka ada orang tunggu dia dalam had tempoh masa tertentu,

“Justeru kami sangkal dakwaan mengatakan Mustaqqeem ditinggalkan secara membuta tuli, sedangkan kami pun melakukan inisiatif sendiri,” katanya.

Baca juga: Siak ditahan polis, disyaki ganggu remaja lelaki 15 tahun secara seksual dalam kereta