Putin tak hadir ke Malaysia – PM

Oleh ROSLAN ZAMAN

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Presiden Putin mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun berikutnya. Beliau akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia,” kata Anwar pada sesi taklimat khas media dengan wartawan tempatan dan antarabangsa di sini malam tadi.

Anwar berkata Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dan juga pemimpin dari China, Jepun serta negara anggota ASEAN.