Bank Dunia dalam kenyataannya berpendapat umur yang sesuai untuk rakyat Malaysia keluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pada umur 65 hingga 70 tahun.
Agensi itu turut menyatakan bahawa umur akses pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 55 tahun terlalu rendah dan mencadangkan agar ia dinaikkan secara berperingkat.
Menerusi kajian yang bertajuk Should Malaysia Expand Its Social Pension? Global Evidence, Design Issues and Options, Bank Dunia berpendapat bahawa pengeluaran pada usia 55 tahun terlalu rendah bagi sebuah negara dengan struktur demografi seperti Malaysia.
Atas alasan rakyat Malaysia semakin menua, tetapi perlindungan dan kecukupan pencen sosial agak rendah.
Justeru, menaikkan had usia kepada antara 65 hingga 70 tahun dilihat lebih sesuai dengan demografi Malaysia yang semakin menua
Umur akses yang rendah dan baki simpanan median KWSP yang juga rendah pada usia tersebut menyebabkan ramai ahli KWSP berpendapatan rendah menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh hanya tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran,” katanya.