Kehebatan Malaysia dalam sepak takraw dapat liputan media Jerman

Oleh KIM SYAZIE

Nampaknya kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, bahkan kemenangan buat pertama kali ini turut mendapat liputan media di Jerman.

Portal DW News melaporkan momen sebak saat pasukan Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 34 tahun untuk memperoleh pingat emas dalam acara itu.

Ia juga melaporkan bahawa kejayaan ini cukup manis buat ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom kerana beliau sebahagian daripada pasukan negara yang memenangi emas dalam acara sama pada edisi 1991 di Manila, Filipina.

Rakyat Malaysia membanjiri artikel yang dimuat naik di X itu dengan ucapan tahniah dan rasa bangga terhadap skuad pasukan negara.

“Nama Malaysia sampai ke Jerman”.

“Hidup sepak takraw!”. Demikian antara ciapan pengguna X.

Baca juga: Ini biodata Ustazah Marhamah Rosli, timbalan Menteri Agama yang baru