Azmin letak jawatan Setiausaha Agong PN

Oleh ROSLAN ZAMAN

Dato Seri Azmin Ali meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Agong Perikatan Nasioanal berkuatkuasa pada 1 januari 2026. Beliau memuatnaik kenyataan medianya di hantaran media sosialnya sebentar tadi.

“Saya mengambil perhatian bahawa perlantikan saya sebagai Setiausaha Agong Perikatan Nasioanal adalah atas bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional”

“Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 januari 2026”

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.