Wanita buat siaran langsung TikTok depan jenazah suami

Oleh KIM SYAZIE

Di Jakarta, kecoh apabila seorang wanita didakwa membuat siaran langsung di hadapan jenazah suaminya dalam satu majlis tahlil.

Dalam rakaman tular di TikTok, jenazah suaminya masih di ruang tamu sambil dikelilingi orang ramai yang sedang membaca tahlil.

Namun wanita itu dikatakan selamba membuat siaran langsung sambil berbual kecil dengan penonton.

Rakaman itu mencatatkan lebih 632,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

Biarpun dikecam orang ramai, sebilangan pengguna media sosial mendakwa klip video itu dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ketika ini hampir sukar untuk membezakan video suntingan dengan video asli sehingga mencetuskan banyak cerita tidak sahih di media sosial.

Baca juga: Rolex pertama di usia 17 tahun, Aliff Syukri beli jam bertatah berlian buat Ammar Ahyan