Hargai pengorbanan ibu, Uyaina Arshad hadiahkan emas setiap tahun

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya, setiap anak mahu membalas jasa ibu bapa mereka apabila sudah berkemampuan.

Tidak kira dengan hadiah, perhatian, atau sekadar menghulurkan kasih sayang, setiap usaha kecil itu menggambarkan penghargaan

Buat pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, ibunya sudah bersusah payah membesarkan dia dan adik-adik hingga berjaya ke menara gading.

“Waktu kecil dulu, Ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah nak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading.

“Kami keluarga biasa-biasa.. Apa adanya aja.. Tapi serba cukup Alhamdullilah,” kongsinya di Instagram.

Jelas Uyaina, dia menjadikan tradisi tahunan untuk menghadiahkan emas kepada ibunya selepas mendapat kerja.

“Jadi bila saya dah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk Ummi saya.

“Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ni untuk tahun-tahun yang mendatang,” kongsinya.

Uyaina turut menasihati orang ramai agar menghargai ibu bapa mereka dan yakin bahawa amalan menghargai ibu bapa akan membuka lebih banyak rezeki

“Untuk anak-anak, Mana yang berkemampuan.. Mana yang ada rezeki lebih.. Tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka.

“Dan hadiahkanlah mereka dengan hadiah kebahagiaan. Kerana doa mereka yang kita perlukan dalam hidup.

“Insya-Allah rezeki kita akan terbentang luas seluas langit biru Tuhan. Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudah,” kongsinya.

Baca juga: Mak, anak dan menantu didenda RM1,000, mengaku bersalah gaduh di Pasar Melor