Umum mengetahui bahawa 31 Disember 2025 merupakan tarikh akhir pembelian menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Namun masih terdapat penerima yang memilih untuk menunggu sehingga saat akhir sebelum membelanjakan bantuan tersebut.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas melihat ada baki RM500 selepas membuat semakan semula menggunakan kad pengenalan suami.
Menerusi Threads, pengguna @Syafiqahmsd_ mempersoal sama ada masih boleh menggunakan baki tersebut meskipun sudah terlepas tarikh akhir.
“Hari ini baru terdetik nak semak kad pengenalan suami (IC), nah ada RM500. Tapi tarikh akhir dah tamat tempoh. Boleh guna ke?
“Sebab sebelum ini masa semak kad pengenalan, suami tak dapat pun SARA ni. Jadi persoalannya RM500 tu kira ‘burn’ ke?” soalnya di Threads.
Rata-rata penguna Threads memaklumkan bahawa baki tersebut sudah tidak boleh digunakan, ada juga mempersoal mengapa tidak semak lebih awal.
“‘Burn’, ternyata ramai rakyat Malaysia yang masih mampu tetapi tetap dapat SARA tu yaa,” komen Syuhadah
“Sayangnya… hangus begitu sahaja.. mungkin awak ni orang yang berkemampuan tu sebab tak gunakan sumbangan tu,” komen Ruzita.
“Mak kita tak tahu tau dia dapat. Tapi sejenis kita suka check. So kita pun checklah. Sekali dia ada dalam RM800 amount boleh guna.
“Terus bagitahu dia. Nak beli barang dapur guna je IC. Walaupun kita pun memang tahu tak layak, suka juga check IC sendiri,” komen Hazirah.
Baca juga: Pemuda ucap terima kasih kepada PMX, duit SARA RM100 jadi punca nak putus tunang