Ini punca Saifuddin Abdullah dipecat Bersatu

Oleh ROSLAN ZAMAN

Parti Pribumu Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Ahli parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa semalam.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid mengesahkan perkara tersebut seperti dilaporkan Bernama.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ahli Majlis tertinggi Bersatu itu didakwa telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak diperincikan kesalahan khusus.