Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh memberi bayangan dirinya akan meninggalkan jawatannya sebagai pemimpin pemuda Umno.
Perkara tersebut dibuat selepas ideanya untuk menuntut UMNO keluar dari kerajaan perpaduan ditolak oleh Presidennya Dato Seri Dr Zahid Hamidi.
“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya.
Dalam masa sama, Dr Akmal menzahirkan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong yang terus menyokong perjuangan parti.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini,” katanya.
Menurut beliau, perjuangan yang berlandaskan niat baik demi agama, bangsa dan tanah air akan tetap berjalan sekalipun ketiadaan beliau kelak.
“Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, Insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya.