Tak sampai sebulan buka, ada yang persoal mana sijil halal Rembayung?

Oleh MALAYSIADATELINE

Tidak sampai sebulan beroperasi, kedai Rembayung milik usahawan Khairul Amin sudah mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi bualan ramai.

Terbaharu adalah isu sijil halal, ada yang mempersoal mengapa kedai makan usahawan berkenaan masih belum memiliki sijil berkenaan.

Di Malaysia, syarat umum untuk memohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah perniagaan makanan itu perlu telah beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat permohonan.

Tempoh ini diperlukan supaya perniagaan dapat menunjukkan operasi yang stabil dan lengkap menurut garis panduan halal sebelum audit dijalankan.

Rata-rata pengguna X mempersoal kenapa masih ada yang tidak faham bahawa kedai makan perlu beroperasi sebelum memohon sijil Halal.

“Mana-mana restoran nak dapat sijil halal kena beroperasi minimum tiga bulan sebelum boleh hantar permohonan untuk dapatkan sijil tu.

“Halal tu kena beroperasi dulu baru boleh mohon. Bukan sebelum buka, JAKIM kena datang kedai tengok kebersihan, sumber pembelian dan sebagainya.

“Nak sijil halal tu mestilah restoran beroperasi dulu, basic pun tak tahu ke? Ini tak, 10 tahun buka restoran tapi sijil halal pun tak ada, tu ada yang meragukan,” antara komen pengguna X.

Baca juga: Wanita geram adik ipar minta kunci Mercedes dari bibik, pinjam tanpa izin sampai bateri kong