Nak jual produk pun tak senang, ‘influencer’ terkejut komen dihujani hinaan agama!

Oleh MAISARAH AISYA

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ilyas, tidak menyangka ruangan komen sewaktu siaran langsung di media sosialnya dipenuhi individu yang meninggalkan komen menghina agama.

Kejadian itu menyebabkan dia tidak berpuas hati kerana sedang menjual produk terbaharu dikeluarkan oleh ibunya.

Menerusi hantaran di Threads, Ilyas berkongsi tangkap layar komen yang menghina agama oleh akaun palsu dengan nama Arsell Damia.

“Semalam aku jual (release) Kicap CKT ibu dalam siaran langsung, tiba-tiba ada banyak komen-komen hina Islam, banyak gila.

“Aku tak tahu nak buat apa sebab terkejut pon ada, marah pon ada. Sempat block (sekat) ja. Masak Char Kuetiau ja pon, siap main agama bagai,” ujar Ilyas di Threads.

View on Threads

Kebanyakan pengguna Threads memaklumkan sudah ada banyak kes berkaitan menghina agama Islam yang semakin banyak berlaku di media sosial.

“Memang akhir-akhir ini banyak live ada komen pasal hina Islam, hina melayu, dahlah pakai akaun palsu. Kalau block akaun ini nanti akaun lain pula muncul.

“Aku doakan disebalik ujian ni, korang dapat rezeki yang murah kerana bersabar dan rajin bantu mak sendiri,” antara komen pengguna Threads.

Baca juga: Anak Syasya Rizal menangis tanpa suara sampai muka biru, diserang ‘breath holding spell’