Pernah muncul di kaca tv sebagai Rafique dalam drama Diari Ramadan Rafique, pelakon itu menjadi perhatian warganet baru-baru ini apabila dirakam dalam video ulasan makanan terkenal, KL Foodie.
Tiada siapa menyangka selepas tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, Rafique atau nama sebenarnya Mirsad Hasan Kulasic rupa-rupanya mempunyai restoran makanan sendiri yang diusahakan bersama bapanya.
Akaun KL Foodie memaparkan restoran milik Mirsad yang menyediakan hidangan tradisi Balkan.
“Assalamualaikum, selamat datang ke restoran makanan Balkan pertama di Malaysia.
“Nama saya Hasan, saya dan bapa mengusahakan restoran ini. Dahulunya saya seorang pelakon dan terkenal menerusi drama Diari Ramadan Rafique,” kongsinya.
Perkongsian itu menerima reaksi positif ramai yang mengimbas kembali momen bulan puasa sambil menonton drama Diari Ramadan Rafique.
“Itu dia? Sumpah lah. Dah buka kedai pula, makin susah lah nak puasa nanti,” seloroh pengguna TikTok hApis.soeb
“Omg. Dia dah besar sekarang, dulu selalu tonton drama dia di TV,” komen Hannah.
“Lah Rafique dah besar,” komen ferryda.
Baca juga: Inilah sebabnya pihak tentera memutuskan untuk membekukan dasar tersebut buat masa ini.