Seorang wanita pemilik warung makan di Indonesia menyentuh hati ramai apabila memberi makanan secara percuma kepada seorang pembeli.
Dalam satu perkongsian di Threads @hertatis_toughness, peniaga itu tidak meletakkan sebarang caj selepas mengetahui suami pembeli itu sedang dirawat di hospital.
Menurut perkongsian di media sosial, wanita berkenaan bukan sahaja memulangkan semula wang bayaran.
Malah dia juga meminta pembeli tersebut menggunakan wang itu sebagai perbelanjaan ulang-alik ke hospital.
“Ini duitnya saya kembalikan, untuk wang perbelanjaan balik ke hospital sahaja, nasinya percuma sahaja.
“Saya tida tahu posisi (keadaan) saya nanti macam mana, saya juga ada suami, kuat ya mama (pelanggan), sihat selalu,” ujarnya dalam video dikongsikan.
Tindakannya itu mendapat pujian orang ramai malah ramai memuji kebaikan peniaga dikenali sebagai Mama Ani.
“Ini yang suka bagi makanan percuma kepada penunggan motosikal kalau makan di warungnya, semoga Allah sentiasa merahmatimu.
“Semoga rezeki di berikan berlipat ganda atas kebaikan kepada orang yang memerlukan.
“Dia biasa dipanggil Mama Ani. Memang baik orangnya kak,” antara komen netizen.
Baca juga: Syaiful Zero tak kutip dana awam, jelaskan isu infak nasi lemak di masjid sekitar Kudat