Suasana solat Zohor di Masjid Al-Khairiyah bertukar pilu apabila seorang jemaah, Allahyarham Alias Abd Ghani, disahkan meninggal dunia semasa solat Zohor.
Dalam rakaman yang tular arwah yang berusia 69 tahun dilihat rebah semasa rukuk sebelum dibantu oleh jemaah lain.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Masjid Al-Khairiyah, pihak pengurusan memaklumkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat kariah setempat.
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda lagi diredai-Nya,” tulis hantaran berkenaan.
Menurut kenyataan itu, solat jenazah akan didirikan pada hari Jumaat, 20 Februari 2026, sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak.
Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.
Pihak masjid turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar segala jasa serta amal ibadahnya sepanjang hayat diterima dan diganjari syurga oleh Allah SWT.
Baca juga: Lepas ni masuk tol tak perlu fikir lorong & tap kad dah, guna nombor plat je cukup