Wanita beli Buko pelik tengok tekstur belendir macam ‘slime’, netizen syak sudah basi

Oleh MALAYSIADATELINE

Perkongsian seorang wanita yang memuat naik rakaman memaparkan keadaan sebekas pencuci mulut iaitu Buko dipercayai dibeli di sebuah bazar Ramadan telah berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, rakaman dimuat naik di platform TikTok itu telah menimbulkan perasaan loya pengguna media soaial apabila melihat tekstur pencuci mulut berkenaan yang terlaku pekat malah berlendir apabila dicedok.

Hal ini membuatkan perakam video sendiri merasa hairan kerana makanan dibelinya adalah pencuci mulut iaitu buko untuk dinikmati di rumah, bukannya permainan ‘slime’ yang mempunyai tekstur seperti jeli.

“Kelirulah, rasanya beli buko tetapi dapat slime. Entahlah. Sudah belikan. Jadi nikmati sahajalah,” katanya di dalam keterangan video berdurasi 13 saat yang sudah meraih sebanyak 420,500 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna TikTok meluahkan kerisauan melihat kapsyen ditulis oleh pemilik video kerana menyangkanya tetap memakan buko yang seperti sudah basi itu.

Ramai juga peniaga yang pernah menjual pencuci mulut itu tampil di ruangan komen untuk berkongsi pendapat mengenai hidangan dalam rakaman tersebut beserta tips untuk mengelak membeli buko basi.

@eykaalyahyaa

Entah laaa…. Dah belikan, so enjoy je laa😂

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – 028462819463919

“Saya penjual buko. Kami selalu pakai ‘whipping cream’ agar rasanya lebih berlemak. Tetapi sampai pekat macam ini, tandanya sudah tak boleh dimakan. Nanti sakit perut. Tekstur seperti ini biasanya sudah lebih tiga hari tetapi peniaga tak buang, simpan dalam peti beku,” kesal seorang pengguna.

“Aku dahulu jual buko juga. Tips nak beli, kena goncang bekas itu terlebih dahulu. Kalau dia bunyi air, maknanya eloklah itu. Tetapo kalau sudah goncang dan tiada bunyi air, maknanya sudah basi. Macam dalam video ini, sudah basi rasanya. Jangan makan ya, wahai pelanggan buko.” Kongsi peniaga lain.

Susulan meraih perhatian ramai, perakam video tampil menjelaskan di ruangan komen bahawa buko berkenaan tidak dimakan olehnya tanpa mendedahkan di manakah lokasi sebenar pencuci mulut berkenaan dibeli.

Sekadar indo, pencuci mulut ini dikatakan berasal dari Filipina yang diperbuat daripada agar-agar pandan, kelapa muda yang dicincang (dikenali sebagai buko), krim dan susu pekat manis.

Walau bagaimanapun, buko turut meraih populariti di luar negara terutama di Malaysia dan Singapura sejak akhir-akhir ini sehingga diadaptasi mengikut citarasa sendiri dengan pelbagai perisa baharu.

Baca juga: “Meja dah siap, lauk dah hidang…” – Peniaga kecewa pelanggan ‘booking’ tapi tak datang