Seorang pengguna media sosial meluahkan kekecewaan terhadap keadaan air paip di kawasan Machang, Kelantan yang didakwa keruh dan berwarna coklat sejak hampir seminggu lalu.
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai Achik1310, dia menunjukkan keadaan air yang mengalir ke dalam singki rumahnya dalam keadaan sangat kotor.
Menurutnya, situasi tersebut sudah berlarutan selama seminggu dan dia tertanya-tanya sama ada penduduk di kawasan berkenaan sudah terbiasa dengan keadaan itu atau sebaliknya.
“Seminggu di Machang… seminggu juga keadaan air macam ni. Tak tahu lah penduduk di Machang dah biasa dengan situasi macam ni atau tidak.
“Sedangkan pengurusan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat yang telah lama menguruskan air dan sepatutnya isu seperti ini dapat diuruskan dengan lebih baik,” tulisnya di Threads.
Perkongsian itu turut menimbulkan persoalan mengenai pengurusan bekalan air di negeri Kelantan yang dikendalikan oleh Air Kelantan Sdn Bhd.
“Sedangkan pengurusan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat yang telah lama menguruskan air dan sepatutnya isu seperti ini dapat diuruskan dengan lebih baik,” kongsinya.
View on Threads
Tambahnya lagi, situasi tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk lebih-lebih lagi apabila umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Syawal akan menjelma tak lama lagi,” katanya lagi dalam perkongsian tersebut.
Ada juga yang berpendapat sama air di kawasan mereka juga keruh dan tidka terlihat jernih langsung.
“Sejak kebelakangan ni Pasir Puteh pun sama, makin teruk. Ni bukan air dah ni selut dah.
“Kena bawa balik air mineral lah,” antara komen netizen.
Baca juga: Suruh ibu beli bahan ingat nak ikut Khairul Aming, rupanya buat resipi Lawak Kampus!