Siapa sangka lagu raya popular berjudul ‘Bersama di Hari Raya’ yang sentiasa didendangkan di corong radio, dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa India.
Dengan liriknya yang mudah difahami dan kefasihan menyebut setiap bait patah perkataan, tiada siapa boleh menduga ia dibawa seorang penyanyi bukan Melayu.
Difahamkan, penyanyi lagu berkenaan merupakan dua orang adik beradik yang merupakan kumpulan Cenderawasih.
Cenderawasih merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang ditubuhkan pada 1981, dianggotai oleh Helen Savaree dan Irene Savaree.
Perkongsian seorang pengguna TikTok berkenaan hal itu ternyata membuatkan ramai terkejut, menyedari selama ini mereka menyangka hanya penyanyi Melayu sahaja yang mendendangkan lagu-lagu raya Aidilfitri.
Untuk rekod, kumpulan duo itu memiliki banyak lagu hits termasuk Deritamu Deritaku yang dikeluarkan pada 1984. Sepanjang karier mereka, Helen dan Irene terlibat dalam 3 album di bawah kumpulan Cenderawasih.
Ada yang memberitahu salah seorang penyanyi tersebut sudah pun berpindah ke Switzerland mengikuti suaminya.
Baca juga: 10 tahun jadi barista jalanan, lelaki mampu bayar zakat RM10,000