Isu kualiti bekalan air di Kelantan kembali menjadi perhatian apabila satu video tular memaparkan air paip berwarna keruh seperti ‘kopi O’ di Machang.
Perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai teohwoei itu menunjukkan air yang ditadah dari paip berwarna coklat gelap, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Realiti air dari Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) rumah mek ya kita di Machang, walaun jangan koyak,” ujarnya dalam video dikongsikan.
Dalam kapsyen bersahaja, individu tersebut menyindir keadaan itu dengan mengatakan air yang sebelum ini kelihatan seperti teh tari tarik sudah bertukar menjadi kopi o kaw.
“Raya punya pasal… Dah upgrade dari teh tarik kepada kopi O kaw… Semoga dipermudahkan segala urusan orang Kelantan…,” kongsinya di Threads.
Perkongsian itu nyata mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata meluahkan rasa terkejut, kecewa dan tidak puas hati terhadap keadaan air yang didakwa terlalu keruh.
“Ya Allah teruknya… 30 tahun tadbir Kelantan, tak ambil tahu langsung masalah rakyat. Sedihnya…
“Hahaha, Kelantan punya air memang unik! Siapa nak cuba kena datang cepat sebelum habis!
“Kopi O… satu kurang manis.
“Serius ke, dah zaman 2027 masih ada air sebegini kat negara kita?” antara komen netizen.
Baca juga: Pemandu lori di Thailand maut lepas 10 jam tunggu giliran nak isi minyak