Ramai mungkin tidak tahu bahawa beg biru ikonik dari IKEA yang sudah koyak atau rosak sebenarnya masih boleh ‘diselamatkan’ tanpa perlu membeli yang baharu.
Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan, Juney The Foodie, berkongsi bahawa pelanggan boleh menukar beg biru IKEA yang rosak secara percuma di mana-mana cawangan IKEA.
Menurut perkongsian tersebut, pertukaran beg biru tersebut boleh dibuat di kaunter Exchanges and Returns di mana-mana outlet IKEA.
Dia memberikan panduan langkah demi langkah kepada orang ramai. Anda perlu mengambil nombor giliran, serta mengisi borang yang disediakan sebelum menukar beg lama dengan beg baharu tanpa sebarang bayaran.
Tip berkenaan menarik perhatian ramai kerana kebanyakan pengguna menyangka beg biru tersebut perlu dibeli semula sekiranya rosak, terutama selepas digunakan dalam tempoh yang lama.
Pelanggan yang masih menggunakan beg biru IKEA yang sudah koyak atau kelihatan usang disarankan untuk tidak terus membuangnya.
Sebaliknya, mereka boleh membawa beg tersebut ke IKEA untuk ditukar dengan yang baharu, sekali gus memberi ‘nafas baharu’ kepada beg yang telah lama digunakan.
Jadi, sebelum anda ‘bersara’ beg biru yang setia menemani pelbagai urusan daripada membeli barangan rumah hingga mengangkut barangan runcit — mungkin sudah tiba masanya untuk membawanya ke IKEA dan pulang dengan beg baharu yang sedia untuk digunakan semula.
Baca juga: Difitnah ‘terlanjur’ dalam misi kemanusiaan, PU Rahmat ‘naik angin’ pertahan rakan