Kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api diesel kepada RM6.72 sen semalam, iaitu kenaikan sebanyak 70 sen dari harga RM6.02 sen sebelum ini.
Perkara ini mencetuskan gegak gempita di media sosial yang pelik dengan kenaikan ini. Alasannya kerana Presiden Amerika Syarikat Donald trump sebelum itu sudah pun membuat genjatan senjata perang dengan Iran selama 2 minggu.
Kesan kepada genjatan senjata ini menyaksikan harga minyak semasa dunia turun mendadak di bawah harga USD100 satu tong.
Tapi mengapa harga di Malaysia terus naik?
Kementerian Kewangan melalui info grafiknya menerangkan fakta sebenar menagapa harga minyak di pam tidak turun walaupun harga global minyak mentah sudah pun turun.
Menurut kementerian kewangan, harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan pada harga hari ini.
Bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi, dan masih mempengaruhi harga pada pam minyak.
Tambah info grafik itu lagi, harga minyak global yang melonjak sejak lima minggu lalu meningkan kos temasuk logistic dan insurans.
Harga semasa pula masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi iaitu sekitar AS$150 setong untuk petrol dan AS$250 setong untuk diesel.