Pejabat Invoke sebentar tadi didatangi oleh sekumpulan lelaki ‘anti- Rafizi’ yang berkumpul membawa plakad mengutuk bekas timbalan Presiden PKR itu.
Perkara itu dikongsi oleh bekas pegawai Rafizi, Najib Bakar di media sosialnya sebentar tadi.
Dalam perkongsian tersebut, Najib memuat naik rakaman video yang memaparkan kira-kira 10 lelaki, kebanyakannya memakai pelitup muka, berkumpul di hadapan pejabat sambil memegang plakad berunsur kritikan terhadap bekas Menteri Ekonomi itu.
Antara mesej yang tertera pada plakad berkenaan termasuk dakwaan seperti ‘Rafizi gila kuasa’ dan ‘Rafizi paling gagal’, selain beberapa lagi ungkapan kecaman.
Sebelum ini, bekas Timbalan PKR itu menggesa parti itu memecatnya jika penjelasan dibuat berhubung empat pertuduhan terhadapnya dianggap melanggar perlembagaan parti.
Ahli Parlimen Pandan itu tampil menjawab keempat-empat pertuduhan selepas menerima surat tunjuk sebab kedua daripada Lembaga Disiplin PKR bertarikh 9 April antaranya berkaitan teguran terhadap kepimpinan PKR supaya tidak membudayakan amalan bodek.