Impian untuk menaik taraf kediaman sering dikaitkan dengan kehidupan yang lebih selesa dan moden. Namun, realitinya tidak semua proses ‘renovate’ rumah berakhir dengan kepuasan seperti yang diharapkan.
Seorang pengguna Threads, nazreenkiflee berkongsi tujuh kesilapan lazim yang akan membuatkan pemilik rumah menyesal selepas renovasi.
Kami sertakan perkongsian dan panduan dari pemuda berkenaan:
Ramai ingat ubah suai rumah = naik taraf hidup.
Realitinya ramai juga yang menyesal lepas rumah siap.
Ini 7 benda yang orang selalu menyesal lepas ubah suai rumah:
1. Ikut trend, bukan keperluan
Nampak cantik dekat Pinterest, tapi bila duduk sendiri tak praktikal. Akhirnya cantik je, guna tak selesa.
2. Bajet lari jauh dari rancangan asal
Mula kata “buat basic je”. Tapi tengah jalan “tambah sikit, nIk taraf sikit…”. Akhirnya, terlebih bajet sampai tertekan.
3. Salah pilih kontraktor
Harga murah memang sedap dengar. Tapi bila kerja lambat, hasil tak kemas, baru faham kenapa orang cakap: “Murah tu mahal sebenarnya.”
4. Tak fikir stor penyimpana dari awal
Bila dah siap baru perasan barang tak tahu nak letak mana. Akhirnya rumah nampak sempit balik.
5. Pencahayaan tak cukup / salah konsep
Lampu bukan sekadar terang. Kalau salah set up, rumah nampak suram atau terlalu silau sampai tak selesa.
6. Terlalu ikut rekaan orang lain
Rumah sendiri, tapi rasa macam duduk rumah orang. Sebab semua ikut trend bukan ikut cara hidup sendiri.
7. Tak buat pelan jangka panjang
Contoh: Anak makin besar, keperluan berubah, ruang jadi tak sesuai. Renovasi mahal, tapi tak tahan lama.
Baca juga: Alhamdulillah! Ustaz Kazim Elias sudah dibenar pulang, belum boleh terima ziarah