Tular di media sosial satu video memaparkan situasi melibatkan seorang nenek bersama cucunya yang menghantar sebuah kalkulator rosak untuk dibaiki selepas dimasuki air.
Namun, perkongsian daripada kedai berkenaan mengundang perhatian ramai apabila mereka didakwa mengenakan caj sebanyak RM30 walaupun pembaikan yang dilakukan dilihat tidak rumit.
Malah sekadar menukar bateri dan menggunakan bateri daripada alat kawalan jauh bukan bateri baru.
Situasi itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai mempertikaikan kewajaran harga yang dikenakan, apatah lagi melibatkan pelanggan warga emas.
Dalam penjelasan susulan, lelaki yang membaiki peranti tersebut mengakui itu merupakan kali pertama dia membaiki kalkulator, menyebabkan dia tidak pasti kadar caj yang sesuai.
“Penjelasan daripada video kelmarin, batteri tu batteri baru cumanya duduk dalam alat kawalan jauh jadi bila nak cari batteri baru tu tak jumpa jadi nak cepat ambillah dalam alat kawalan jauh tu.
“Sebab saya tahu tu batteri baru lagi, jadi cepat-cepat ambil nak suruh siapkan.
“Mengenai isu RM30, sekarang ni kira standard harga bagi kerosakan air untuk telefon, RM50 hingga RM80. Saya pula pertama kali baik kalkulator, jadi kira ikut harga standard. Saya ambil upah harga baiki sahaja.
“Pelanggan pun setuju dengan harga tu kalau tak setuju kami tak baiki dah, kami kurang sikit harga tapi dah dia setuju dengan harga tu kira kita bereh (selesai)
“Baiki sendirilah kalau nak murah,” ujar pemilik video berkenaan,
Bagaimanapun masih ada yang tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan, seorang pengguna Threads Farrishahmadd yang menyelar harga berkenaan.
“Ini pasal kau bodoh bang, natey (benda) apa RM30, tak kan nak minta kurang dah kau letak harga tu, ikut mana-mana pun kena bayar juga.
“Kalau terdesak sangat biar aku bayar RM30, nak murah baiki sendiri kepala otak kau. Batteri baru kau letak dalam alat kawalan jauh kita batteri terpakai tak kira baru atau tidak.
“Pastu pelik kena orang kutuk orang Kelantan sebab orang macam kau. Orang tua ni dia okay je luaran, dia tak cerita ke awak dia susah.
“Bodoh, setakat buka skru empat biji pun berkira dengan orang tua,” tulis Faris.
Baca juga: Tertidur dalam bas jadi punca, gadis Belarus dapat mak angkat di Terengganu