Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa penyatuan kerajaan baru bersama Umno di Negeri Sembilan bakal berlaku.
Perkara itu ditulis sendiri oleh ahli parlimen Pasir mas itu media sosialnya.
“Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH!”
Tanpa menyebut apa-apa ‘caption’ selepas itu, di ruangan komen riuh dengan naratif kerajaan baru bersama BN-PN di Negeri Sembilan.
Sebentar tadi, 14 adun Umno Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Dato Seri Aminuddin.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media ini.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami mendukung penuh serta mempertahankan institusi adat dan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan dan mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri sekaligus dapat memberikan fokus kepada objektif kesejahteraan rakyat dan ekonomi negeri,” katanya