Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memulakan Jelajah Johor pagi ini dengan menyantuni orang ramai menerusi sesi walkabout di Program Jualan Agro MADANI Mega yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.
Mohamad berkata, Program Jualan Agro MADANI dianjurkan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.
Program berkenaan juga membuka peluang kepada usahawan dan pengeluar tempatan memasarkan hasil keluaran mereka secara terus kepada pengguna.
Program Jualan Agro MADANI diadakan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
“Di samping membuka ruang kepada usahawan dan pengeluar tempatan memasarkan hasil keluaran mereka secara terus kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, mudah diperoleh dan mampu dibeli oleh seluruh rakyat.
“Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi, mudah diperoleh dan mampu dibeli oleh seluruh rakyat.
“Insya-Allah, kita akan terus turun padang mendengar denyut nadi rakyat serta memastikan setiap inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
Dalam masa sama, Mohamad mengajak orang ramai hadir memeriahkan program sepanjang Jelajah Johor yang berlangsung hari ini.
Beliau turut menyeru rakyat yang layak mengundi supaya menunaikan tanggungjawab pada 11 Julai.
“Jumpa Bang Mat sepanjang Jelajah Johor hari ini. Jangan lupa, 11 Julai nanti keluar mengundi dan laksanakan tanggungjawab anda demi masa depan Johor,” katanya.
Baca juga: Kebajikan rakyat teras manifesto PH, tangani kos sara hidup dan perkukuh kemudahan asas – PM Anwar