Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh menentang keras terhadap mana-mana usaha untuk menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’. Ia berikutan krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan susulan 14 adunya yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun.
“Pendirian saya tetap sama sejak dari langkah sheraton sehingga ke hari ini, saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap”.
Katanya, prinsip perjuangan UMNO tidak pernah tergadai walaupun dengan siapa Umno berkawan.
“Jika garis merah yang digariskan oleh UMNO sudah dilanggar,maka kita wajib pertahankan prinsip lebih daripada pertahankan jawatan!”
Akmal turut memberi pilihan kepada UMNO samaada untuk menjadi pembangkang yang bermaruah atau turun ke medan pilihanraya.
“Dua pilihan yang ada bagi UMNO iaitu menjadi pembangkang yang bermaruah ataupun membubarkan dun untuk kita serahkan kepada rakyat untuk memilih”