Isteri kepada pelakon Ako Mustapha iaitu Kartina Shuaib meluahkan rasa kecewa dengan sikap sombong ibu bapa kepada pembuli anaknya.
Menerusi akan Threads Ako, Kartina berkongsi perkembangan terkini mengenai kes melibatkan anaknya Mikael Iskandar.
Menurut perkongsian tersebut, Kartina mendakwa situasi menjadi lebih mengecewakan apabila terdapat ibu bapa kepada pelajar lain yang didakwa menunjukkan sikap kurang empati ketika sesi perjumpaan berkaitan isu berkenaan.
“Ibu bapa pembuli ni memang sombong ke? Masa perjumpaan hari tu siap cakap tak nak anak-anak mereka satu kelas dengan anak saya, Mika.
“Saya lagi tak nak anak saya pergi sekolah itu dah. Saya cakap dekat pegawai penyiasat, sekarang ni anak siapa yang kena buli?
“Anak siapa yang kena pijak? Anak siapa yang berada di hospital sekarang?” luahnya di Threads.
Jelas Kartina, keluarganya kini memilih untuk menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.
Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap isu buli di sekolah, selain mempersoalkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
“Sebab perangai suka backup anaklah anak jadi hero buli orang dekat sekolah sebab dia tahu mak bapa akan backup dia.
“Memang patut guna polis sahaja sekarang, biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Budak-budang sekarang ni dengan cikgu pun tak ada adab,” komen pengguna Threads.
“Memang ada mak bapa yang menangkan anak dia walaupun tahu anak buat salah tapi mak bapa punya ego lagi besar.
“jadi tak hairanlah anak mereka jadi jahat sebab mak ayah tak didik mana yang baik dan buruk, tak ada pengajaran yang anak tu dapat bila dia buat salah,” komen seorang lagi pengguna Threads.
Baca juga: Manusia jenis apa macam ini! Rico Rinaldi bengang pembeli ‘return’ kasut dah pakai