Food reviewer ‘kantoi’? Makan siap cakap sedap, tapi ludah balik makanan!

Oleh MALAYSIADATELINE

Ramai yang mula rasa sangsi dengan review makanan di media sosial, nampak sedap di video, tapi bila cuba sendiri, rasanya langsung tak setanding hype yang dibuat.

Umum tahu ada pengulas makanan yang dibayar untuk mempromosikan restoran atau gerai tertentu.

Video pula disunting cantik, penuh angle menarik hingga buat ramai terliur, namun timbul persoalan sama ada ulasan yang diberikan benar-benar jujur atau sekadar pemasaran.

Tular satu video daripada seorang pengulas makanan dikenali sebagai Anna yang memaparkan situasi di sebalik tabir ketika dia mencuba pelbagai hidangan.

Apa yang mengejutkan, meskipun dalam video dia memuji makanan tersebut sebagai sedap, dia didakwa meludahkannya semula kerana tidak menepati citarasanya sendiri.

“Makanan ini semua sedap cuma saya bukan penggemar spageti.

“Yang ini aku tak boleh terima sebab dia rasa hamis lembu, tapi untuk orang yang suka baunya okay sahaja.

“Mula-mula okay sebab ada rasa masam, tapi bahagian susu itu saya tak boleh telan sebab saya bukan penggemar susu,” ujar Anna meskipun dalam setiap klip dia menyatakan makanan tersebut sedap.

Dia turut menjelaskan bahawa secara keseluruhan makanan di kedai tersebut sebenarnya sedap, namun kebanyakan hidangan tidak menepati seleranya sendiri.

Bagaimanapun, video tersebut difahamkan sudah dipadam oleh pemilik akaun namun, rakaman itu kembali tular selepas dimuat naik semula oleh pengguna Threads yang mempersoalkan kejujuran sesetengah ulasan makanan di media sosial.

“Sebab itu tak boleh percaya sesetengah review daripada influencer ni. Jadah apa review benda kau tak makan, lepas itu dalam video kau cakap sedap-sedap.

“Buat aniaya pemilik kedai sahaja, bayar kau mahal-mahal, akhirnya kau lingkupkan perniagaan dia,” komen syahindah66.

“Apalah. Kesian dekat pemilik kedai. Kau buat review tapi ada POV kau tengah buat review. Tak faham aku,” komen mamatgotnochill.

“Buang makanan dalam pinggan makan restoran? Pengotor gila!” komen Syuhada.

“Pertama, mencela makanan. Kedua, fake review. Entahlah, baik layan MrPOV makan. Sedap ke tak, dia habis makan, sikit pun tak cerewet,” komen Ee Jann.

Baca juga: Jika Anwar Ibrahim ‘turun’, siapa yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia?