Individu terkejut jumpa cebisan berbulu dalam daging kisar jenama popular, netizen syak kelopak mata lembu?

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut selepas menemui objek asing yang berbulu di dalam daging kisar jenama tempatan popular.

Menerusi satu hantaran tular di Threads, pengguna @itsmehsna_ berkata, dia hanya menyedari kewujudan objek berkenaan selepas daging itu siap dimasak, membuatkan dirinya panik dan menggigil.

“Korang rasa ini apa? Dalam daging kisar saya jumpa. Dah siap masak baru perasan, sumpah menggigil. Sekali tengok macam rambut, tapi macam kelopak dan bulu mata pun ye juga,” katanya.

Dalam rakaman video yang dikongsikan, netizen mendakwa objek asing itu seperti kelopak mata lembu, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang SOP penyediaan daging kisar mereka.

Perkongsian itu juga dengan cepat mencetuskan perbincangan serius dalam kalangan pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman sama ketika membeli daging burger jenama tempatan itu.

Apa yang mengejutkan, ramai yang mendakwa sering menemui cebisan aneh seperti bulu dan kulit yang berbulu ketika membeli daging dari jenama terbabit.

Ia mengundang rasa was-was dalam kalangan pembeli terhadap kebersihan dan cara sebenar pemprosesan daging tersebut.

Sehingga kini difahamkan masih tiada respon dari pihak jenama tersebut untuk meleraikan tanda tanya ramai.

Baca juga: Bukan sahaja tokoh Muslim berpengaruh dunia, ini pencapaian lain Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa